KOLEKSI NADIR @ PPAPP

Koleksi Bahan Nadir yang disimpan dalam Koleksi Pulau Pinang merupakan koleksi yang sangat penting dan berharga kerana di dalamnya dikumpulkan koleksi habis cetak, koleksi bernilai tinggi dan koleksi yang diterbitkan sebelum 1900. Sehingga kini PPAPP menyimpan lebih daripada 1978 judul koleksi nadir yang tertulis dalam Bahasa Inggeris. Semua koleksi ini adalah koleksi asal Penang Library atau The Prince Of wales Island Library yang bernilai tinggi termasuk peta, surat khabar, buku-buku, warta kerajaan dan sebagainya.

Bagi mengukuhkan kandungan digital tempatan, hampir separuh koleksi bahan nadir ini telah melalui proses pendigitalan dan boleh di akses menerusi laman portal http://ebook.penanglib.gov.my


TRIVIA KOLEKSI NADIR @ PPAPP

  • 1 Naskhah Bible berusia 340 tahun.
  • Sebanyak 119 naskhah Akhbar Straits Echo dan terbitan terawal dalam simpanan adalah tahun 1948.
  • Akhbar Straits Echo dalam bentuk Mikrofilem bertarikh 1904.
  • Akhbar terbitan propaganda pemerintahan Jepun antara tahun 1942-1946 seperti Malai Shimpo, Penang Shimbun masih dalam keadaan yang baik.
  • Koleksi asal gambar Pulau Pinang dulu-dulu.
  • Sebanyak 119 Akhbar Straits Echo terawal diterbitkan pada 1948.Peta lukisan tangan.

nadir1nadir2nadir4

*Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Koleksi Pulau Pinang ditalian 04-3902387 (Puan Kalaivehni)

| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Hakcipta | Paparan | Soalan Lazim | W3C |
Hakcipta Terpelihara © 2011 - 2019 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang | GPS : N 05 23.514' E 100 23.959'

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox 3.0 ke atas, Safari 4.0 ke atas atau Opera 10.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

  • Tarikh Kemaskini : 2019-05-21 01:58:14 .