PENGENALAN

Bahagian Teknologi Maklumat terletak di tingkat 2 bangunan perpustakaan di Seberang Jaya. Peranan utama yang dijalankan oleh bahagian ini ialah bertanggungjawab memastikan perkhidmatan sistem perkomputeraan di seluruh pusat perkhidmatan berfungsi dan berjalan lancar.Bahagian ini merupakan nadi kepada PPAPP yang semakin mengorak langkah ke arah perpustakaan berteknologi. Bahagian ini juga memastikan teknologi dapat disampaikan kepada masyarakat khususnya penduduk negeri Pulau Pinang.

OBJEKTIF

- Untuk melahirkan masyarakat yang celik IT tanpa mengira golongan bangsa dan usia
- Menyediakan platform bagi membantu masyarakat Pulau Pinang mendalami bidang Teknologi Maklumat

Fungsi

- Memastikan sistem perpustakaan berfungsi dan memastikan proses - proses di setiap bahagian berjalan lancar dan cekap.
- Memastikan jaringan rangkaian setempat dan jaringan rangkaian luas berfungsi.
- Memastikan·kemudahan yang disediakan dapat digunakan sepenuhnya oleh pengguna.
- Memastikan pangkalan data bahan perpustakaan dapat diakses dan seterusnya memudahkan penyediaan laporan dan statistik
- Memastikan perkhidmatan atas talian dapat diakses oleh pengguna.

OBJEKTIF KUALITI

- Memastikan aduan kerosakan perkakasan/perisian komputer diambil tindakan supaya perkakasan/perisian komputer berada dalam keadaan baik
- Memastikan pencarian Katalog·Atas Talian (OPAC) dapat diakses melalui halaman web PPAPP.
- Memastikan koleksi - koleksi tertentu didigitalkan dan dimasukkan ke dalam portal untuk memudahkan rujukan pengguna.


Ketua Bahagian

ASMAH
Puan Asmah Ahmad
Penolong Pegawai Sistem Maklumat Kanan (FT32) (KUP)
Tel : 04-3971058 ext 112
E-Mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

line

HAIRUL
En. Hairul Fikri Omar
Penolong Pegawai Sistem Maklumat (FA29)
Tel : 04-3971058 ext 112
E-Mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

johari
En. Johari Bin Salleh
Penolong Pegawai Sistem Maklumat (FA29)
Tel : 043971058 ext 112
E-Mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.