PENGENALAN

Berperanan sebagai pusat pembelajaran dan ilmu pengetahuan bagi membudayakan minat membaca bersama ahli keluarga. Penyemaian budaya membaca yang kukuh dan berterusan dapat membentuk sebuah masyarakat berkembang mantap yang cemerlang, berilmu dan bermaklumat.

Bahagian ini bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan perpustakaan ke seluruh negeri Pulau Pinang melalui Perpustakaan Cawangan (6), Perpustakaan Pekan (2), Perpustakaan Digital (1), Perpustakaan di Kompleks Beli Belah (3), Perpustakaan Desa Siber Ilmu / Perpustakaan Komuniti Siber Ilmu (49) dan Perpustakaan Bergerak (12).

OBJEKTIF KUALITI

- Memastikan permohonan pendaftaran setiap ahli yang lengkap disiapkan dalam tempoh 10 minit.
- Memastikan proses pinjaman dan pemulangan bahan bacaan setiap ahli mengambil masa 3 minit.
- Memastikan setiap pertanyaan yang mudah dan tidak memerlukan penyelidikan lanjut dapat disiapkan dalam tempoh 15 minit, manakala
  pertanyaan yang sukar dan memerlukan penyelidikan lanjut disiapkan dalam tempoh 1 hari.
- Memastikan bahan media diselenggara dalam tempoh 10 minit.

FUNGSI

Bertanggungjawab menyelaras dan memantau perkhidmatan perpustakaan di seluruh daerah di negeri Pulau Pinang.


Ketua Bahagian

NORLINA
Hajjah Norlina Binti Haji Ahmad
Pustakawan (S41)
Tel : 04-3971058 ext 128
E-Mel :  norAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.