Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan merupakan komitmen PPAPP dalam menentukan objektif kualiti dicapai dan dilaksana :
- Memberikan perkhidmatan yang cekap,tepat dan mesra
- Berusaha menyediakan koleksi yang lengkap dan taratur ke arah membentuk satu pusat kecemerlangan maklumat negeri
- Permohonan Pendaftaran setiap ahli yang lengkap akan disiapkan dalam tempoh 15 minit
- Proses pinjaman bahan bacaan setiap ahli akan mengambil masa 5 minit
- Proses pemulangan bahan setiap ahli akan mengambil masa 5 minit
- Perkhidmatan rujukan sentiasa bersedia membantu anda untuk mengesan bahan maklumat dalam tempoh 15 minit
- Perkhidmatan perpustakaan bergerak akan berada di tempat anda sekali dalam 2 minggu mengikut jadual lawatan yang ditetapkan
- Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian bagi menggalakkan minat membaca ke arah melahirkan rakyat negeri
Pulau Pinang yang berbudaya membaca dan bermaklumat