HUB DIGITAL @ PPAPP

Inisiatif digerakkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia di bawah satu konsortium bersama Perpustakaan Awam Negeri seluruh Malaysia.

Portal u-Pustaka - u-Pustaka

Antara pangkalan data yang disediakan

overdrive 
OVERDRIVE

Pelbagai judul e-book dalam bidang perkara umum daripada penerbit-penerbit terkemuka. terdapat 4.476 judul e-book, 140 judul buku audio dan 98 judul e-book + buku audio.


Memuat turun aplikasi Libby, by Overdrive dari iTunes store (untuk pengguna iphone/iPad/peranti Apple) atau Google Play Store (untuk telefon pintar/tablet/peranti berasaskan Android)

Untuk mengakses gunakan mana-mana satu daripada Library Card Number yang disediakan (dari eb001 hingga eb999 atau dari pnm001 hingga pnm999)

LawNet
LAWNET

Pangkalan data eLaw adalah merupakan pangkalan data yang khusus dalam bidang perundangan.

Ia menyediakan maklumat mengenai :
1. Kes-kes perundangan (kes-kes berkaitan syariah, Industrial Court Awards dan kes-kes di bawah undang-undang persekutuan)
2. Undang-undang perbandaran (municipal law)
3. Glosari/kamus perundangan (legal dictionary)
4.Tafsiran berkanun (statutory interpretations)
5. Daftar terjemahan istilah perundangan (English-Malay-English)
6. Arahan amalan perundangan (practice notes)

Username = pnmuser01 / Password = pnmuser01
Username = pnmuser02 / Password = pnmuser02

Emerald Backfiles Archives
EMERALD BACKFILES ARCHIVES

Perkhidmatan pangkalan data global yang menyediakan akses kepada artikel-artikel jurnal penyelidikan dalam bidang pengurusan dan kejuruteraan yang berkualiti tinggi pada tahun terbitan adalah pada tahun 2006 - 2010 sahaja.

EMERALD MANAGEMENT 175+ ENGINEERING

Pangkalan data global yang menyediakan akses kepada artikel-artikel jurnal penyelidikan berkualiti tinggi dan terdapat 201 judul jurnal dalam bidang pengurusan dan kejuruteraan.

 LawNet
LAWNET - MALAYSIAN LAW AT YOUR FINGERTIPS

Koleksi Akta-Akta Malaysia sebagai rujukan kepada perundangan Malaysia.
1.  Akta Parlimen (Act Of Parliment)
2.  Pricipal Acts (Original)
3.  Akta-Akta Pindaan (Amendment Acts)
4.  Ordinances, Bill Supplement
5.  Update Rules & Regulations, Legislative Supplement (A&B)
6.  Perlembagaan Persekutuan (Federal Constitution)
7.  Kanun Prosedur Jenayah (Criminal Procedure Code)
8.  Kanun Keseksaan (Penal Code)
9.  Kanun Tanah Negara (National Land Code)
10.Kaedah-Kaedah Mahkamah (Rules of Court)
11.Court Forms
12.General Orders
13.Arahan Perbendaharaan

Username = ulibrary01 / Password = ulibrary01
Username = ulibrary02 / Password = ulibrary02

bernama

INFOLINK BERNAMA (BLIS)

Portal penyelidikan pelbagai maklumat serta akses kepada berita dan maklumat penting di Malaysia.

4,768,880 artikel berita tempatan dan 279,227 berita antarabangsa
9,162 biografi/profil tokoh-tokoh di Malaysia
9,712 teks penuh ucapan, fakta dan statistik penting berkaitan

Usename mylib10/ password mylib10 (hingga mylib20)

iG Library
iG LIBRARY

429 judul e-book dalam bidang ekonomi, politik dan sains sosial dari koleksi Institute of Southeast Asia Studies (ISEAS) dan 249 judul e-book terbitan American Library Association (ALA).

Usename : pnm / password : pnm@nlom ]

eLib

ELIB (e-sentral)

3,900 judul e-book tempatan daripada pelbagai bidang perkara dan daripada penerbit tempatan meliputi bidang agama, bahasa, autobiografi dan biografi,hiasan rumah, jenayah dan lain-lain lagi.

Pengguna kali pertama perlu mendaftar di portal Penang eLib, semak email dan aktif akaun.

Score A
PROGRAM SCORE-A

Program interaktif yang komprehensif ini menyediakan nota lengkap serta Bank Soalan peperiksaan yang lepas bagi menyokong pembelajaran dan latihan para pelajar di peringkat Tahap 1, UPSR, PT3 dan SPM (aliran Sains dan Sastera).

BOND
BENCHMARKING ONLINE NETWORKING DATABASE (BOND)

Pangkalan data ini memuatkan 252 dokumen rujukan amalan terbaik dan pengukuran prestasi bagi membantu organisasi untuk mendapatkan maklumat mengenai amalan terbaik dan tanda aras yang diperlukan. Pangkalan data ini telah dibangunkan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC)

Pengguna kali pertama perlu mendaftar akaun peribadi di Portal BOND untuk mendapatkan akes.

IFN
ISLAMIC FINANCE NEWS (IFN) : THE WORLD'S LEADING ISLAMIC FINANCE NEWS PROVIDER

Portal penyedia sumber-sumber maklumat dan berita berkenaan kewangan Islam yang terkemuka di dunia.

Akses kepada 70,000+ artikel dan laporan eksklusif kepada berita kewangan islam;
1. 50 isu berita kewangan Islam secara mingguan setiap tahun.
2. Laporan IFN (Laporan tahunan IFN dan laporan outbound tambahan) setiap tahun.
3. 52 minggu akses tanpa had ke laman web berita kewangan Islam setiap tahun.
4. Akses kepada direktori IFN dengan lebih daripada 7,000 institusi kewangan islam.
5. Akses kepada dana Islam, indeks dan data prestasi eksklusif
6. Akses kepada glosari/daftar istilah mengenai kewangan Islam
7. Akses kepada berita eksklusif kewangan menerusi enjin carian 360 darjah.
8. Bahagian baru : Pengumuman Syariah Global

Klik pada butang ADVANCED untuk memulakan pencarian

ebsco

EBSCO PREMIER PUBLIC LIBRARY PACKAGE

Perkhidmatan Maklumat EBSCO (EBSCOHost) merupakan pangkalan data terbesar yang menyediakan akses kepada e-Buku, artikel daripada beribu-ribu judul e-Jurnal dan pelbagai sumber maklumat daripada lebih 100 pangkalan data. Selain membuat carian/memuat turun artikel jurnal, pengguna juga boleh mengakses sebanyak 5,277 judul e-buku dalam pelbagai subjek, antaranya kesenian, perniagaan, ekonomi, pendidikan, pemasaran, sains sosial, perubatan dan lain-lain. EBSCOHost merupakan antara pangkalan data yang popular di dunia, dan telah digunakan secara meluas di kebanyakan perpustakaan dan komuniti perniagaan selama lebih daripada 60 tahun.

Tahap Akses: Seluruh Negara (untuk ahli berdaftar u-Pustaka sahaja). Klik pada logo EBSCOHost atau pautan nama EBSCO Premier Public Library Package untuk memulakan akses secara terus.

Keterangan lanjut→
Panduan akses→

PressReader 

PRESS READER

Pangkalan data PressReader menyediakan akses segera kepada lebih dari 2,446 judul e-suratkhabar dan 3,915 judul e-majalah terkemuka dunia, daripada lebih 152 negara dalam 56 bahasa dalam format teks penuh (full-text) dan replika digital. Bagi kandungan suratkhabar Malaysia, terdapat 12 buah suratkhabar utama yang boleh anda akses iaitu The Borneo Post, China Press, Nanyang Siang Pau, Utusan Borneo, The Star & Star 2, Oriental Daily News, The Borneo Post, The Wall Street Journal Asia, The Sun dan The Malaysian Reserve. Anda juga boleh mengakses pelbagai judul e-majalah tempatan diantaranya, Women Health (Malaysia), Female (Malaysia), Majalah Lelaki, Men's Health, Glam dan lain-lain lagi.

[ Tahap Akses: Akses seluruh negara. Jika anda mengakses pangkalan data ini dari luar premis Perpustakaan Negara Malaysia, sila log masuk di portal u-Pustaka dan kemudian klik pada logo atau pautan PressReader untuk memulakan akses pangkalan data PressReader (versi portal) secara remote melalui EZ Proxy. Jika anda mengakses pangkalan data ini dari dalam premis PNM, sila klik SINI untuk memulakan akses secara terus. Sila pastikan komputer atau peranti anda telah dihubungkan terlebih dahulu dengan talian rangkaian komputer setempat (LAN) atau Wifi di PNM sebelum memulakan akses.. Untuk lebih mudah mengakses pangkalan data ini dari dalam premis PNM, sila pasang dan gunakan aplikasi mudah alih PressReader yang boleh dimuat turun dari Google PlayStore / iTunes Store di telefon pintar/tablet anda. Pastikan telefon pintar / tablet anda telah dihubungkan dengan talian Wifi di PNM dan anda telah membuka akaun peribadi dan telah log masuk dari aplikasi mobile PressReader. Tips: Pastikan bahawa anda tidak log keluar dari aplikasi mobile PressReader. Ini kerana alamat IP Wifi PNM akan kekal diingati untuk sementara waktu selama 7 hari, di telefon pintar/tablet bagi membenarkan anda membaca/memuat turun akhbar/majalah dari PressReader walaupun anda sudah berada dari luar premis PNM. Setelah tamat tempoh 7 hari, pengguna mobile apps PressReader perlu datang kembali ke PNM dan hubungkan kembali peranti anda ke talian Wifi PNM bagi mengaktifkan semula penggunaan secara remote untuk tempoh 7 hari seterusnya. ]

Keterangan lanjut→
Panduan akses→


Zinio

ZINIO (RBdigital)

Zinio adalah pangkalan data e-majalah yang menyediakan akses kandungan majalah luar negara (isu terkini dan terdahulu) yang boleh dimuat turun secara kekal oleh pengguna. Tiada had dari segi bilangan judul/isu untuk dimuat turun dan juga tiada had dari segi tempoh masa pembacaan. Kandungan e-majalah meliputi pelbagai bidang perkara, seperti bacaan umum, kesenian, fotografi, kenderaan automotif, perniagaan, keibubapaan, kraftangan, komputer dan sebagainya. Jumlah keseluruhan e-majalah yang terdapat di dalam pangkalan data Zinio adalah sebanyak 100 judul. Antara judul-judul e-majalah popular yang boleh anda baca: Newsweek, Reader's Digest, Digital Photo, Top Gear, CHIP, PC Magazine, Popular Science, New Scientist, Astronomy, Popular Mechanics, Discover, Outdoor Photographer dan banyak lagi. Anda juga boleh melihat (browse) senarai judul e-majalah mengikut genre dan bahasa.

[Tahap Akses: Akses seluruh Negara. Pengguna kali pertama dikehendaki mendaftar terlebih dahulu di portal RBdigital untuk mendaftar sebagai pengguna dengan klik kepada pautan Create New Account. Setelah mendaftar, pengguna akan boleh memuat turun judul e-majalah ingin dibaca. Pengguna berdaftar perlu log masuk ke sistem portal ini setiap kali hendak mengakses/memuat turun/membaca e-majalah yang diingini . Untuk lebih kefahaman, bacalah panduan yang disediakan di portal. Klik pada logo untuk memulakan akses (versi web). Setelah mendaftar, anda boleh log masuk dan membaca e-majalah Zinio dengan lebih mudah menggunakan telefon pintar/tablet melalui aplikasi mudah alih RBdigital yang boleh dimuat turun dari Google Play Store (Android) dan iTunes Store. (iOS - iPhone/iPad/Apple) .

Keterangan lanjut→
Panduan akses→

Mason Crest

MASON CREST

Pangkalan Data Mason Crest E-Books mengandungi sebanyak 490 judul e-buku fiksyen dan bukan fiksyen terpilih serta buku-buku ilmiah dan kontemporari meliputi bidang seperti biografi, sukan, perubatan, keluarga, kesihatan, nutrisi, kerjaya dan kewangan, isu-isu semasa dan lain-lain. Kesemua e-buku yang tersedia adalah terbitan luar negara dan dalam format `flipping e-book' dengan paparan isi kandungan penuh (full-text). Ia sesuai untuk bacaan kanak-kanak, remaja dan dewasa dari lingkungan usia 10 tahun ke atas. Kemudahan enjin carian berdasarkan kata kunci (keyword search), fungsi bookmark, copy & paste, paparan skrin penuh tersedia untuk para pembaca.

[ Tahap Akses: Akses seluruh negara. Klik pada logo atau pautan Mason Crest untuk akses secara terus (EZ Proxy). Untuk akses alternatif, sila klik SINI dan kemudian sila gunakan login/password berikut - Login : pnmuser / Password: mcrest2016 ]

Keterangan lanjut→
Panduan akses→


OokBee Buffet

OOKBEE BUFFET : Baca Tanpa had

Ookbee Buffet menyediakan akses kepada lebih dari 2,000 bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku.terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya. Selain itu, anda juga boleh mengakses tanpa had kepada koleksi-koleksi terbitan Disney menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet. Semua koleksi di bawah PNM Ookbee Buffet hanya boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet menggunakan tablet/telefon pintar. Lihat video promo Ookbee di sini :- Video 1 | Video 2 .

[ Tahap Akses / Panduan Mengakses : Akses tanpa had seluruh negara - Untuk ahli berdaftar u-Pustaka sahaja. Untuk pengguna kali pertama Ookbee, sila klik pada logo Ookbee untuk memulakan akses dan mengaktifkan akaun Ookbee anda di portal Corporate Ookbee. Kemudian, sila masukkan alamat e-mel (e-mel yang anda gunakan semasa anda mendaftar sebagai ahli u-Pustaka) dan kemudian klik butang "Aktifkan" untuk tujuan pengaktifan akaun Ookbee anda. Masukkan butiran peribadi anda seperti dipapar di skrin halaman Pendaftaran dan kemudian klik butang Register. Semak e-mel anda. Anda sejurus selepas itu akan menerima e-mel dari sistem portal Ookbee yang akan meminta anda untuk klik pada pautan yang disediakan di emel untuk pengaktifan akaun Ookbee anda (hanya perlu klik pada butang "Klik Sini" di atas imej yang diberikan Ookbee pada e-mel). Setelah pengaktifan berjaya, anda perlu cari dan pasangkan aplikasi mudahalih bernama Ookbee Buffet dari iTunes Store (untuk pengguna iPhone / iPad / peranti Apple) ATAU dari Play Store (untuk pengguna peranti Android). Selepas pemasangan berjaya, sila lancarkan aplikasi Ookbee Buffet di telefon pintar/tablet anda. Dari aplikasi mudahalih Ookbee Buffet , anda hanya perlu log masuk dengan menggunakan alamat e-mel anda (e-mel yang anda gunakan semasa mendaftar sebagai ahli u-Pustaka) dan kata laluan u-Pustaka anda. Kemudian, barulah anda akan dapat memuat turun dan membaca sebarang koleksi e-buku/e-majalah/e-surakhabar yang telah disediakan di halaman Ookbee Buffet kami, di telefon pintar/tablet anda.]

Panduan akses→

Alkem

ALKEM DIGITAL LIBRARY

Pelbagai judul e-buku dalam bidang perkara umum daripada penerbit utama di seluruh dunia boleh didapati untuk anda akses dan baca secara dalam talian. Sila pastikan pelayar web anda menyokong Adobe Flash Player versi terkini. (Nota: Perisian ini diperlukan untuk membaca e-buku secara dalam talian). Anda juga boleh mengakses ALKEM Digital Library melalui tablet / telefon pintar (sila gunakan pelayar web yang menyokong Adobe Flash Player).

[Tahap Akses: Akses seluruh negara (Langganan Perpetual - 1,000 judul e-Buku), khusus untuk ahli berdaftar u-Pustaka. Klik pada logo Alkem Digital Library di atas untuk memulakan akses secara terus (melalui EZ Proxy). Alternatif akses yang lain, anda boleh klik SINI . Kemudian, sila masukkan login dan kata laluan/password berikut apabila diminta oleh sistem portal Alkem: (Nota: Password adalah sama dengan login yang dipilih. Sila pilih mana-mana satu dari lingkungan PNM001 hingga PNM100 sebagai Login. Cth: Jika anda memilih dan menaip PNM082 sebagai login, Password/Kata Laluan yang harus anda gunakan adalah : PNM082. Dan begitulah seterusnya ).

Panduan akses→

Kids A-Z 

KIDS A-Z (Raz Kids)

Kids A-Z merupakan portal dan sistem e-pembelajaran dalam talian yang dibangunkan oleh Learning A-Z di mana ia mudah digunakan, khusus untuk kanak-kanak dan para pelajar sekolah rendah. Melalui portal ini, para pelajar boleh mengakses lebih dari 4,000 judul e-buku dan buku audio (fiksyen dan bukan fiksyen) serta lebih dari 50,000 kandungan pembelajaran dan aktiviti secara interaktif. Portal ini juga membolehkan pengguna untuk mendengar buku audio, membaca e-buku, belajar membaca dengan pantas atau pun merekodkan prestasi pembacaan masing-masing dengan mudah. Kids A-Z juga sangat mudah untuk dicapai secara terus dengan menggunakan tablet/telefon pintar anda. Anda hanya perlu memuat turun dan pasangkan aplikasi mudahalih bernama Kids A-Z dari App Store (Untuk pengguna iPhone/iPad/peranti Apple) ATAU Google Play Store (Untuk telefon pintar/tablet/peranti berasaskan Android).

[Tahap Akses: Akses secara eksklusif di dalam premis PNM dan di setiap premis 13 Perpustakaan Awam Negeri sahaja. Sila klik pada logo/pautan Kids A-Z untuk memulakan akses (versi web portal). Sekiranya anda menggunakan tablet/telefon pintar, sila pasang dan lancarkan aplikasi mudahalih Kids A-Z. Sila masukkan mana-mana satu dari pilihan Teacher Username yang berikut apabila dikehendaki oleh sistem: upustaka001 hingga upustaka003 ATAU pnm001 hingga pnm002 . Klik butang Go. Halaman seterusnya, pelajar perlu memilih dan klik kepada mana-mana satu ikon nama pelajar (Student Username) yang diingini. Sistem portal selanjutnya akan meminta pelajar memasukkan Student Password . Untuk makluman, Student Password adalah sama seperti Student Username yang telah anda pilih. [Contoh: Jika anda telah memilih upustaka003s23 sebagai Student Username, maka Student Password anda juga adalah upustaka003s23]. Klik butang Go. Pergi ke menu Reading >> Reading Room untuk membaca atau mendengar buku audio (fiksyen/bukan fiksyen) atau pergi ke menu Science >> Library untuk membaca e-buku/buku audio (dalam subjek Sains). Sila tekan butang Logout untuk keluar dari sistem portal/mobile app setelah selesai penggunaan.]

Panduan akses→

fullamark

FullAMark

FullAMark merupakan portal e-pembelajaran interaktif yang dibangunkan oleh Media Prima Berhad, bagi menyokong proses pembelajaran di rumah. Ia menyediakan soalan-soalan latihan dan ulangkaji dalam pelbagai subjek yang diajar di sekolah yang menepati format peperiksaan terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia memberikan penekanan kepada soalan-soalan bagi peringkat Tahun 5 (4 subjek), Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR – 4 subjek), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3 – 6 subjek) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM – 4 subjek). Selain capaian kepada kandungan pembelajaran interaktif, pelajar juga boleh berkomunikasi dengan e-Tutor berpengalaman secara langsung, berkongsi idea dan pemikiran dengan rakan sebaya dan mengakses sisipan akhbar BH - DIDIK, MINDA dan SKOR di portal ini. Berita-berita semasa dalam sektor pendidikan negara juga boleh anda ketahui menerusi portal ini.
Panduan Akses :

(a) Modul Tahun 5
ID Pengguna: Sila pilih dan gunakan mana-mana satu dari julat yang berikut: Dari Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. hingga Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Kata laluan (Password) untuk pelajar adalah: pnm@2020.

(b) Modul UPSR
ID Pengguna: Sila pilih dan gunakan mana-mana satu dari julat yang berikut : Dari Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. hingga Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Kata laluan (Password) untuk pelajar adalah : pnm@2020.

(c) Modul PT3
ID Pengguna: Sila pilih dan gunakan mana-mana satu dari julat yang berikut: Dari Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. hingga Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Kata laluan (Password) adalah: pnm@2020.

(d) Modul SPM
ID Pengguna: Sila pilih dan gunakan mana-mana satu dari julat yang berikut: Dari Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. hingga Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Kata laluan (Password) untuk pelajar adalah: pnm@2020.

[Tahap Akses: Akses seluruh negara. Sila klik pada logo / pautan FullAMark untuk memulakan akses. (versi web portal).

Keterangan lanjut→
Panduan akses→

i-LEARN Ace

i-LEARN Ace

i-LEARN Ace merupakan sebuah platform e-pembelajaran abad ke-21 di mana ia telah dibangunkan secara eksklusif oleh Sasbadi Online. Antara ciri unik i-LEARN Ace ialah adanya fungsi nota di mana ia mengandungi lebih daripada 200,000 helaian nota. i-LEARN Ace juga menyediakan lebih kurang 300,000 set-set soalan terkumpul di dalam bank soalannya. Para pelajar mudah untuk menjawab soalan-soalan latihan dan mengakses nota-nota pelajaran secara atas talian atau offline. Selain daripada menepati 100% silibus Kementerian Pelajaran Malaysia yang terkini, i-LEARN Ace turut mewujudkan komunikasi tiga hala diantara ibubapa, cikgu serta para pengguna kerana platform ini direka khas untuk meningkatkan kemahiran belajar para pengguna bermula dari Tahun 1 - Tingkatan 5.

[Tahap Akses: Akses seluruh negara. Sila klik pada logo / pautan i-Learn Ace untuk memulakan akses. (versi web portal). Anda juga boleh mengakses i-Learn Ace menggunakan aplikasi mudah alih (mobile apps) i-Learn Ace. Sila muat turun dan pasangkan aplikasi mudahalih i-Learn Ace dari Google Play Store (pengguna Android) atau App Store (pengguna iPhone/iPad) (di telefon pintar/tablet anda). Kemudian, sila log masuk dengan menggunakan User ID dan Kata Laluan yang telah disediakan. ]

Panduan Akses :
a) Modul UPSR
- User ID untuk pelajar : Sila pilih dan gunakan mana-mana satu dari julat yang berikut : Dari Pnmupsr01 hingga Pnmupsr100. Kata laluan (Password) untuk pelajar adalah : 123456.
- User ID untuk ibubapa : Pnmupsr. Kata laluan (Password) untuk ibubapa : 111111.

b) Modul PT3
- User ID untuk pelajar : Sila pilih dan gunakan mana-mana satu dari julat yang berikut: Dari Pnmpt301 hingga Pnmpt3100. Kata laluan (Password) untuk pelajar adalah: 123456.
- User ID untuk ibubapa : Pnmpt3. Kata Laluan (Password) untuk ibubapa : 111111.

c) Modul SPM
- User ID untuk pelajar : Sila pilih dan gunakan mana-mana satu dari julat yang berikut : Dari Pnmspm01 hingga Pnmspm100. Kata laluan (Password) untuk pelajar adalah : 123456.
- User ID untuk ibubapa: Pnmspm. Kata laluan (Password) untuk ibubapa: 111111.

Panduan akses→

*Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi 04-3902387 (Puan Kalaivehni)

| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Hakcipta | Paparan | Soalan Lazim | W3C |
Hakcipta Terpelihara © 2011 - 2019 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang | GPS : N 05 23.514' E 100 23.959'

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox 3.0 ke atas, Safari 4.0 ke atas atau Opera 10.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

  • Tarikh Kemaskini : 2020-07-02 12:56:23 .