POLISI ANTI RASUAH

PPAPP dengan kelulusan Ahli Lembaga mewujudkan Polisi Anti Rasuah yang mengandungi ciri-ciri berikut:-
• PPAPP komited untuk melaksanakan kod etika mengenai larangan rasuah kepada semua anggota kerja dan aktiviti serta perhubungannya dengan pihak-pihak yang berkepentingan bagi memastikan segala ruang dan peluang rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa dapat ditangani dengan cekap dan berkesan.

• Polisi ini adalah bertepatan dan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan lain-lain akta yang berkaitan.

• Polisi ini juga bersesuaian dengan hala tuju PPAPP iaitu visi,misi, pelan strategik dan aspirasi negara.

• Polisi ini terpakai kepada semua warga PPAPP dan pihak-pihak berkepentingan dalam urusan PPAPP dan digunakan sebagai kerangka kerja dalam penetapan, penyemakan dan pencapaian objektif anti rasuah.

• Ahli Lembaga dan pihak pengurusan PPAPP komited untuk melaksanakan semua polisi dan prosedur bagi mencegah, memantau dan menghapuskan sebarang bentuk rasuah dan melaksanakan penambahbaikan berterusan melalui Sistem Pengurusan Anti Rasuah. (ISO 37001:2016).

• Melalui Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat, PPAPP sentiasa memberi ruang kepada warga PPAPP dan pihak-pihak yang berkepentingan untuk melaporkan sebarang salah laku rasuah di dalam PPAPP.

• PPAPP komited untuk sentiasa menambahbaik keperluan- keperluan di bawah Polisi Anti Rasuah ini dari semasa ke semasa.

• Jawatankuasa Fungsi Pematuhan yang mempunyai kuasa dan bebas diwujudkan untuk memantau pematuhan kepada Sistem Pengurusan Anti Rasuah secara menyeluruh dan melaporkan kepada Ahli Lembaga dan Tadbir Urus serta Pihak Pengurusan Atasan.

• Tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil ke atas warga PPAPP yang gagal mematuhi Polisi Anti Rasuah ini.

| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Hakcipta | Paparan | Soalan Lazim | W3C |
Hakcipta Terpelihara © 2011 - 2019 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang | GPS : N 05 23.514' E 100 23.959'

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox 3.0 ke atas, Safari 4.0 ke atas atau Opera 10.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

  • Tarikh Kemaskini : 2023-01-26 11:38:25 .