PERATURAN SEMASA BERADA DI KAWASAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG

Anda tidak dibenarkan :-

- Bercakap dengan kuat sehingga mengganggu ketenteraman pengguna lain.

- Makan, minum, merokok, meludah atau tidur di dalamperpustakaan.

- Mengoyak dan merosakkan bahan-bahan dan sebarang peralatan perpustakaan.

- Menempah atau memindahkan bahan-bahan atau peralatan seperti buku, meja dan lain-lain dari satu bahagian ke bahagian yang lain.

Anda juga dilarang membawa masuk :-

- Beg, fail, nota berjilid, buku, majalah dan surat khabar persendirian.

- Jaket dan topi keledar.

- Gunting dan pisau.

- Kaset, disket, CD dan kamera atau video kamera.

- Binatang peliharaan.

- Walkman atau sebarang gajet muzik.

Anda dinasihatkan supaya...

- Sentiasa berpakaian kemas dan sopan serta tidak menjolok mata.

- Menggunakan bahan dengan cermat kerana bahan-bahan yang didapati rosak setelah digunakan perlu dibayar gantirugi mengikut harga gantian.

Perbadanan berhak …..

- Membatalkan keahlian seseorang mengikut budi bicara.

- Menghalau pengguna yang tidak mematuhi peraturan dari perpustakaan.

Search