DASAR KUALITI
PPAPP komited dalam membina koleksi yang terbaik, memberi perkhidmatan perpustakaan yang komprehensif dan melangkaui jangkaan pengguna serta memastikan penambahbaikan sistem penyampaian secara berterusan.
OBJEKTIF KUALITI
Memastikan 45% daripada koleksi PPAPP dalam bahasa melayu, 35% Bahasa Inggeris serta 10% Bahasa Cina dan Tamil.
Memastikan pendaftaran keahlian untuk setiap ahli disiapkan dalam
tempoh 10 minit.Memastikan koleksi PPAPP diproses dalam tempoh masa 14 hari bekerja.
Memastikan setiap pertanyaan yang mudah dan tidak memerlukan penyelidikan lanjut dapat disiapkan dalam tempoh 15 minit manakala
pertanyaan yang sukar dan memerlukan penyelidikan lanjut disiapkan dalam tempoh 1 hari.Memastikan perkhidmatan pinjaman dan pemulangan bahan bacaan untuk setiap ahli disiapkan dalam tempoh 3 minit.
Memastikan aktiviti galakan membaca dijalankan dengan penyertaan sekurang-kurangnya 30 orang peserta.
Memastikan setiap aduan diselesaikan dalam tempoh tujuh hari bekerja