PERANCANGAN & PEMBANGUNAN

Bahagian Perancangan dan Pembangunan adalah merupakan nadi ke arah pembangunan dan perkembangan sesebuah perpustakaan dalam membentuk generasi yang berpengetahuan dan bermaklumat. Melalui penubuhan perpustakaan Pusat, Cawangan, Pekan, Pusat Beli Belah, Komuniti dan Desa maka fungsi perpustakaan sebagai sebuah pusat maklumat setempat yang menyajikan segala jenis maklumat bagi tujuan pembangunan masyarakat dan individu dapat direalisasikan.

OBJEKTIF

Bahagian ini bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan prasarana perpustakaan, keilmuan, memperkayakan pendokumentasian dan seranta serta mengurus kendalian keperluan pelanggan bagi memastikan kecemerlangan dan kegemilangan PPAPP

FUNGSI

1.  Merancang dan mengurus projek-projek pembangunan dan perkhidmatan perpustakaan.
2.  Merancang dan melaksanakan pembangunan Perpustakaan Awam Negeri mengikut Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia.
3.  Merancang dan melaksanakan pembangunan Perpustakaan Awam Negeri mengikut Rancangan Negeri Pulau Pinang.
4.  Mengurus dan merancang anggaran belanjawan Pembangunan
5.  Mengurus, merancang dan menyediakan anggaran belanjawan untuk bahagian.
6.  Merancang strategi pemasaran perkhidmatan.
7.  Merancang, mengurus serta mempelbagaikan aktiviti program Galakan Membaca.
8.  Mengurus pengendalian wawancara " user interview " dalam mengenalpasti kehendak pelanggan.
9.  Mengurus pengendalian data profil pengguna " user profile ".
10.Mengawasi mengkaji dan menilai perkhidmatan perpustakaan di Perpustakaan Cawangan, Pekan, Desa, Komuniti dan bergerak serta
     mencadang kepada pengarah mengenai perubahan dan perkembangan seterusnya.
11. Memberi khidmat perundingan.
12. Mengurus penyediaan laporan perangkaan, tahunan dan buletin.
13. Mengurus pengendalian aduan pelanggan.
14. Menyediakan jadual perkhidmatan Perpustakaan Bergerak.

Alt Text

Azizah Binti Zainon
Pustakawan S10
Tel : 04-3902387
E-Mel : azizah@penanglib.gov.my

Alt Text

Ahmad Zaini Effandy Bin Mat Yusop
Penolong Pustakawan (S6)
Tel : 04-3971058 ext 137
E-Mel : azeffandy@penanglib.gov.my

Search