Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Selamat Datang ke Laman Sesawang Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, diharap laman sesawang ini akan menjadi medium perhubungan dan penyampaian maklumat untuk pelbagai program dan informasi terkini PPAPP kepada masyarakat. Selain itu laman sesawang ini juga akan membuka PPAPP kepada dunia dan warga dunia dapat mengenali PPAPP dengan lebih dekat.
Sesungguhnya, PPAPP telah bertapak selama hampir 200 tahun. jesteru, PPAPP dan juga dunia perpustakaan serta bidang keperpustakawanan sedang mengalami proses transformasi seiring dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Oleh itu, PPAPP melalui proses penjenamaan semula telah berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada para pelanggan. Hasilnya kebanyakan perkhidmatan yang disediakan oleh PPAPP hari ini boleh diakses melalui laman sesawang yang disediakan.
Selain dari laman sesawang rasmi PPAPP, sukacita saya maklumkan bahawa terdapat juga aplikasi aplikasi media sosial lain yang boleh menghubungkan PPAPP terus dengan masyarakat seperti Facebook, Twitter, Youtube, Tiktok serta Instagram.
Sehubungan ini, mari kita sama-sama melangkah ke hadapan meneruskan perjuangan khususnya pengetahuan tanpa sempadan dan mengekalkan momentum kecemerlangan ini. Akhir kata saya berharap agar perkhidmatan dan maklumat yang dipaparkan oleh PPAPP dapat memberi manfaat kepada semua pengunjung laman sesawang ini.
Sekian

"Membaca Membina Ketamadunan Bangsa"

Hajjah Norlina Binti Haji Ahmad
Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang

Search