Soalan Lazim

S:1.Bilakah waktu perkhidmatan Perpustakaan Negeri, Cawangan, Pusat Beli Belah, Pekan dan Desa?

J:Waktu pembukaan Perpustakaan Negeri, Cawangan, Pusat Beli Belah, Pekan dan Desa adalah seperti berikut:

PERPUSTAKAAN

HARI DAN WAKTU PERKHIDMATAN

TUTUP

PERPUSTAKAAN NEGERI

SELASA – AHAD

9.30 PAGI – 6.00 PETANG

ISNIN DAN CUTI UMUM

PERPUSTAKAAN CAWANGAN, PEKAN DAN SIBER ILMU BAYAN BARU

RABU – AHAD

9.45 PAGI – 6.00 PETANG

ISNIN, SELASA DAN CUTI UMUM

PERPUSTAKAAN SIBER ILMU KOMTAR DAN DESA

SELASA – SABTU

9.45 PAGI – 6.00 PETANG

AHAD, ISNIN DAN CUTI UMUM

PERPUSTAKAAN SIBER ILMU AEON BUKIT MERTAJAM

ISNIN – AHAD

10.00 PAGI – 07.00 MALAM

-

PERPUSTAKAAN BERGERAK

ISNIN – JUMAAT

MENGIKUT JADUAL LAWATAN

SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM

S:2. Bagaimanakah hendak menjadi ahli perpustakaan dan apakah syarat-syaratnya?

J:Terdapat 5 kategori keahlian iaitu :

Keahlian Kanak-Kanak (1 hari hingga 12 tahun)

Keahlian Dewasa (12 tahun hingga 54 tahun)

Keahlian Wargatua (55 tahun ke atas)

Keahlian Keluarga (Ibu, Bapa dan anak-anak di bawah 21 tahun)

Keahlian Golongan Istimewa

Semasa membuat pendaftaran, ahli hanya perlu membawa MyKad (Dewasa), MyKid (Kanak-Kanak). Jika tiada MyKad / MyKid, sekeping gambar beserta sesalinan Sijil Kelahiran (Kanak-Kanak) atau Kad Kuasa (Polis/Tentera) diperlukan

S:3.Jika terlewat memulangkan bahan pinjaman, adakah dikenakan denda dan berapa jumlah denda tersebut?

J: Ya, denda dikenakan untuk pemulangan lewat iaitu sebanyak 10 sen / sehari untuk 1 naskhah bahan pinjaman

S:4. Berapa naskhah bahan bacaan yang boleh dipinjam dalam satu-satu masa?

J:Ahli boleh meminjam 7 bahan bacaan iaitu 5 naskhah buku, 1 naskhah majalah dan 1 bahan media(berbayar) . Untuk kategori dewasa, ahli boleh meminjam sama ada bahan bacaan dewasa atau kanak-kanak, tetapi ahli kanak-kanak hanya boleh meminjam bahan bacaan kanak-kanak sahaja.

S:5. Berapa lamakah tempoh pinjaman?

J:Tempoh pinjaman bahan adalah selama 2 minggu

S:6. Bolehkah pembaharuan bahan dilakukan, berapa lama tempoh pembaharuan dan bagaimana caranya?

J:Ya, pembaharuan bahan boleh dilakukan melalui :

panggilan telefon (berikan nombor MyKad / MyKid / Kad Keahlian Perpustakaan)

datang sendiri ke perpustakaan (Berikan MyKad / MyKid / Kad Keahlian Perpustakaan atau bahan pinjaman)

melalui laman web (equip) tetapi untuk bahan pinjaman yang tidak melebihi tempoh pinjaman sahaja (Masukkan nombor MyKad / MyKid / Kad Keahlian Perpustakaan dan katalaluan nombor satu (1)

Pembaharuan diberikan untuk tempoh 2 minggu.

S:7.Adakah kanak-kanak boleh meminjam bahan dewasa?

J:Tidak, kanak-kanak tidak boleh meminjam bahan dewasa, hanya bahan bacaan kanak-kanak sahaja.

S:.8. Bagaimana hendak menyertai Kelab Aktiviti PPAPP dan berapakah bayarannya?

J:Ahli perlu menjadi ahli perpustakaan sebelum mendaftar sebagai Ahli Kelab Aktiviti. Bayaran dikenakan sebanyak RM2.00 setahun.

S:9. Adakah buku di bahagian rujukan boleh dipinjam?

J:Tidak. Bahan rujukan hanya boleh dirujuk di perpustakaan sahaja. Bagaimanapun salinan fotostat dibenarkan dengan harga 10 sen sekeping dan dilakukan di dalam perpustakaan sahaja.

S:10. Selain perkhidmatan pinjaman, apakah perkhidmatan lain yang disediakan?

J:Perkhidmatan lain yang disediakan adalah perkhidmatan sumber media / hypermedia, jurnal elektronik, mikrofilem, bilik perbincangan, internet, fotostat, rizab, pinjaman antara perpustakaan, Koleksi Khas, WiFi, Bookdrop, penggunaan elektrik dan permainan dalaman, I-Play Toy, Kelab Membaca Kebangsaan Sinar Pintar.

S:11. Jika saya mengalami masalah kehilangan atau kerosakan kad, pada siapakah yang perlu saya rujuk?

J:Ahli boleh melaporkan kehilangan atau kerosakan kad di kaunter perkhidmatan dengan membawa semula sekeping gambar untuk dicetak. Bayaran dikenakan adalah sebanyak RM6.00 (jika tidak mempunyai laporan polis). Bagaimanapun sekiranya ahli telah mempunyai MyKad / MyKid, tiada bayaran dikenakan.

S:12. Bolehkah saya meminjam dan memulang buku di perpustakaan berbeza?

J:Pinjaman dan pemulangan bahan boleh dilakukan di mana-mana pusat perkhidmatan PPAPP. Pemulangan juga boleh dilakukan menerusi "bookdrop" yang terdapat di Perpustakaan Negeri, Cawangan, Pekan dan Siber Ilmu Pusat Beli Belah

S:13. Jika bahan pinjaman mengalami kerosakan atau dihilangkan berapakah denda yang dikenakan?

J:Bahan pinjaman yang rosak atau hilang, peminjam perlu membayar harga bahan termasuk harga proses bahan.

S:14. Bolehkah saya meminjam buku yang terdapat di perpustakaan lain melalui PPAPP?

J:Ya. PPAPP menawarkan pinjaman antara perpustakaan lain melalui Sistem Pembekalan Penerbitan. Ahli hanya perlu memaklumkan maklumat bahan yang diperlukan kepada kakitangan. Bagaimanapun bahan tersebut tidak boleh dipinjam dan hanya boleh dirujuk di perpustakaan sahaja. Manakala ahli yang memohon perlu menanggung kos penghantaran bahan yang dipohon.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi : 
Puan Norlina Bt Haji Ahmad
PustakawanTel : 04-3971058 ext 121
Emel: nor@penanglib.gov.my

Search