PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN KOLEKSI
Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Koleksi merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam perihal menguruskan segala aspek yang berkaitan dengan pembelian, penerimaan, pemprosesan, penyelenggaraan dan pengedaran bahan koleksi perpustakaan ke pusat perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Bahagian ini terdiri daripada dua unit iaitu Unit Perolehan Koleksi dan Unit Pendokumentasi dan Teknikal.
UNIT PEROLEHAN KOLEKSI
FUNGSI UNIT PEROLEHAN KOLEKSI
Unit ini bertanggungjawab membina koleksi Perbadanan termasuk memperolehi dan menyelenggara satu koleksi tempatan, pinjaman, dan rujukan yang baik dan bermutu tinggi dalam pelbagai perkara yang mencerminkan warisan, kesusteraan dan kebudayaan Pulau Pinang dan juga ' representative ' dalam pelbagai ilmu dan pengetahuan yang sentiasa dikemaskini serta memenuhi keperluan penduduk Pulau Pinang.
Bahagian ini bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan perpustakaan ke seluruh negeri Pulau Pinang melalui Perpustakaan Cawangan (6), Perpustakaan Pekan (2), Perpustakaan Digital (1), Perpustakaan di Kompleks Beli Belah (3), Perpustakaan Desa Siber Ilmu / Perpustakaan Komuniti Siber Ilmu (49) dan Perpustakaan Bergerak (12).
OBJEKTIF UNIT
Memastikan peruntukan yang ditetapkan dibelanjakan dengan faedah yang maksima disamping mewujudkan satu koleksi yang lengkap dan bermutu dalam memuaskan kehendak pelanggan.
OBJEKTIF KUALITI
Memastikan peruntukan yang ditetapkan dibelanjakan dengan faedah yang maksima disamping mewujudkan satu koleksi lengkap dan bermutu dalam memuaskan kehendak pelanggan.
UNIT PENDOKUMENTASIAN DAN TEKNIKAL
FUNGSI UNIT PENDOKUMENTASIAN DAN TEKNIKAL
Unit ini berperanan mengorganisasi bahan perpustakaan melalui pengkelasan dan pengkatalogan serta menyediakan rekod - rekod untuk pembinaan Pangkalan Data bagi membolehkan rakyat Malaysia amnya dan khususnya penduduk Pulau Pinang mengakses dan menggunakan bahan-bahan perpustakaan dengan mudah dan cepat
OBJEKTIF UNIT
- Mengkalatog, mengkelas, menginput data, memproses dan mengagih·bahan koleksi perpustakaan dengan mengikut standard MS
- ISO 9001:2008 dan diedarkan ke pusat perkhidmatan Perbadanan mengikut jadual perjalanan yang telah ditetapkan.
- Memastikan bahan koleksi perpustakaan siap diagih mengikut lokasi perpustakaan sebanyak 45,000 naskhah setahun
- Menyediakan laporan perangkaan setiap tahun.
OBJEKTIF KUALITI
Memastikan koleksi PPAPP diproses dalam tempoh masa 14 hari bekerja

Ketua Sektor
Encik Syariful Nahar Mat Saad
Pustakawan (S10)
Tel : 04-3971058
E-Mel : nahar@penanglib.gov.my
UNIT PENDOKUMENTASIAN DAN TEKNIKAL -UPT

Puan Nor Hayati binti Yusof
Penolong Pustakawan ( S7)
Tel : 04-3971058 ext 126
E-Mel : yati@penanglib.gov.my
UNIT PEROLEHAN KOLEKSI -UPK

Puan Hazrawaty binti Mustapha
Penolong Pustakawan (S6)
Tel : 04-3971058 ext 127
E-Mel :hazrawaty@penanglib.gov.my
