KHIDMAT PENGURUSAN
Bahagian Khidmat Pengurusan merupakan tonggak Perbadanan dalam pengurusan dan pembangunan sumber manusia yang efisien, kompeten,
telus, amanah dan berintegriti.
OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan yang mesra, cekap dan profesional dalam melahirkan anggota kakitangan yang berkualiti, kompeten, displin, amanah, telus dan berintegriti tinggi melalui pengurusan prestasi dan tatatertib yang efisien bagi mencapai objektif bahagian ini.
FUNGSI
1. Mengendalikan dan menguruskan hal - hal perkhidmatan seperti perlantikan, pelanjutan tempoh percubaan, pengesahan, pemberian taraf berpencen, kenaikan pangkat persaraan.
2. Menyelaras urusan pembangunan sumber manusia yang berkaitan dengan laporan penilaian pretasi tahunan, pergerakan gaji tahunan, perjawatan dan latihan kakitangan.
3. Mengesyor dan menentukan penempatan dan pembangunan kerjaya sesuai dengan potensi, kebolehan, keistimewaan serta kemajuan pegawai.
4. Mengendali, mengurus dan melaksanakan urusan pentadbiran pejabat dengan lebih cekap, teratur dan berkesan.
5 Menyelenggara dan mengemaskini SISTEM HRMIS
6. Mengurus dan menyelaraskan penyediaan bajet dan kawalan peruntukan yang diterima.
7. Menyelenggara dan melaksanakan urusan pengurusan aset alih kerajaan secara teratur, cekap dan berkesan.
8. Menyelenggara dan melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan serta mencapai objektif yang ditentukan.
9. Menguruskan kawalan penerimaan mengikut peraturan dan diakaunkan dengan sempurna bagi memastikan keselamatan, ketepatan dan kesempurnaan rekod perakaunan.
10. Menguruskan Pengurusan Kumpulan Wang Amanah Dan Deposit dengan betul, teratur dan dikemaskini mengikut pekeliling dan arahan amanah yang ditetapkan.
11. Menyelaras dan mengurus aset alih kerajaan
UNIT PENTADBIRAN & SUMBER MANUSIA

Ketua Sektor
Norma Abdullah @ Omar
Penolong Pustakawan (S9)
Tel : 04-3971058
E-Mel : norma@penanglib.gov.my

Azariah Binti Ahmad
Penolong Pustakawan Kanan (S6)
Tel : 04-3971058
E-Mel : azariah@penanglib.gov.my
UNIT KEWANGAN

Unit Kewangan
Noor Najihah Binti Harun
Penolong Akauntan (W6)
Tel : 04-3971058
E-Mel : najihah@penanglib.gov.my

UNIT KOMUNIKASI DAN MEDIA KREATIF
