Peraturan Perpustakaan | PPAPP
Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang

Peraturan Perpustakaan

Peraturan semasa berada di kawasan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Sila patuhi demi keselesaan semua pengguna.

Sila
Patuhi
Larangan

Anda tidak dibenarkan

  1. Bercakap dengan kuat sehingga mengganggu ketenteraman pengguna lain.

  2. Makan, minum, merokok, meludah atau tidur di dalam perpustakaan.

  3. Mengoyak dan merosakkan bahan-bahan dan sebarang peralatan perpustakaan.

  4. Menempah atau memindahkan bahan-bahan atau peralatan seperti buku, meja dan lain-lain dari satu bahagian ke bahagian yang lain.

Barang larangan

Anda juga dilarang membawa masuk

  • Beg, fail, nota berjilid, buku, majalah dan surat khabar persendirian

  • Jaket dan topi keledar

  • Gunting dan pisau

  • Kaset, disket, CD dan kamera atau video kamera

  • Binatang peliharaan

  • Walkman atau sebarang gajet muzik

Nasihat

Anda dinasihatkan supaya

  • Sentiasa berpakaian kemas dan sopan serta tidak menjolok mata.

  • Menggunakan bahan dengan cermat kerana bahan-bahan yang didapati rosak setelah digunakan perlu dibayar gantirugi mengikut harga gantian.

Hak perbadanan

Perbadanan berhak

  • Membatalkan keahlian seseorang mengikut budi bicara.

  • Menghalau pengguna yang tidak mematuhi peraturan dari perpustakaan.

Terima kasih atas kerjasama anda. Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang

Search