PERPUSTAKAAN BERGERAK

1. (PBT3844) yang dilancarkan pada tahun 1979 berkhidmat di kawasan Seberang Perai Tengah dan mempunyai 20 pusat perhentian.
2. (PAU3003) memberi perkhidmatan di kawasan Seberang Perai Tengah / Utara dan mempunyai 30 Pusat Perhentian.
3. (WDJ 2620) yang disumbangkan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Kelima memberi perkhidmatan di kawasan Barat Daya  
    mempunyai 26 pusat perhentian.
4. (PCR 1447) telah dihadiahkan oleh Syarikat Hitachi Sendirian Berhad dan memulakan perkhidmatan pada 3 Januari 1994. Unit ini memberi perkhidmatan di
    kawasan Timur Laut dan mempunyai 18 pusat perhentian.
5. (PDA 6553) telah memulakan perkhidmatan dalam tahun 1994 dan membuat lawatan ke 26 pusat perhentian di kawasan Seberang Perai Utara / Tengah.

Perbadanan telah menerima Perpustakaan Bergerak unit ketujuh dan kelapan melalui Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1995. Dengan penambahan dua unit ini hasrat Perbadanan untuk memberi perkhidmatan kepada tempat-tempat yang membuat permohonan untuk Perpustakaan Bergerak dapat dipenuhi.

6.  (WDT 5304) telah memulakan perkhidmatan pada tahun 1995 dan memberi perkhidmatan kepada 24 pusat perhentian di kawasan Seberang Perai Tengah
     dan Selatan.
7.  (WDT 5313) dimulakan pada tahun 1995 dan ditempatkan di Perpustakaan Cawangan George Town untuk memberi perkhidmatan di kawasan Timur Laut /
     Barat Daya dan mempunyai 21 pusat perhentian.
8.  (WGH 9554) mula berkhidmat pada tahun 1998 dan memberi perkhidmatan di kawasan Seberang Perai Tengah / Selatan dan mempunyai 34 pusat
     perhentian.
9. (WHE 9791) telah memulakan perkhidmatan pada tahun 2001 dan berkhidmat sebagai perpustakaan bergerak istimewa (OKU). Perpustakaan bergerak ini
    hanya berkhidmat untuk golongan istimewa di kawasan Seberang Perai.
10. (KAJ 3412) telah memulakan perkhidmatan pada tahun 2008 dan berkhidmat untuk golongan istimewa di bahagian Pulau.
11. (WRQ 620) adalah Perpustakaan e-Pustaka yang merupakan sumbangan dari Perpustakaan Negara Malaysia. Perpustakaan ini memberikan
      perkhidmatan multimedia dan internet mulai tahun 2009 dan mempunyai 20 pusat perkhidmatan di daerah Seberang Perai.

Waktu Perkhidmatan :-

Hari : Isnin - Jumaat
Jam : 10.00 pagi - 5.00 petang

*Perpustakaan Bergerak akan ke lokasi yang ditetapkan dalam tempoh 2 minggu sekali.

Jadual Bas Bergerak KLIK SINI

| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Hakcipta | Paparan | Soalan Lazim | W3C |
Hakcipta Terpelihara © 2011 - 2023 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang | GPS : N 05 23.514' E 100 23.959'

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox 3.0 ke atas, Safari 4.0 ke atas atau Opera 10.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

  • Tarikh Kemaskini : 2023-09-21 02:56:11 .