"PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT"
TARIKH : 23 APRIL 2019 (SELASA)
JAM : 11.00 pagi - 11.10 pagi
LOKASI : di mana sahaja anda berada
Program ini bertujuan mendorong rakyat Pulau Pinang membaca, di mulai dengan LANGKAH AWAL selama 10 minit pada hari tersebut sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan dan kemudiannya meneruskan amalan membaca selama 10 minit Setiap Hari.
Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit ini juga diadakan setiap tahun sempena sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ayuh warga Pulau Pinang, walau di mana sahaja anda berada, berhenti sejenak dari melakukan apa jua aktiviti dan sama-sama membaca bersama selama 10 minit pada 23 April 2019, jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi.
Keterangan lanjut boleh hubungi kami ditalian 04-3902387
"AKTIVITI CUTI SEKOLAH 2020"
TARIKH : 14 MAC 2020 - 22 MAC 2020
JAM : 11.00 PAGI
LOKASI : PERPUSTAKAAN NEGERI, SEBERANG JAYA
Cuti sekolah kini kembali menemui adik-adik semua. Jom sertai pelbagai aktiviti yang menarik di perpustakaan setiap hari, bertempat di Perpustakaan Negeri, Seberang Jaya. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 04-3902387 atau terus "walk in" ke kaunter untuk pendaftaran. Cepat-cepat, tempat adalah terhad. Selamat Bercuti!
Aktiviti terbuka kepada semua peringkat umur. Setiap penyertaan dikenakan yuran sebayak RM5 / RM10 (Bengkel Robotik)
JADUAL AKTIVITI CUTI SEKOLAH