"Knowledge Exchange @ PPAPP"

PENGENALAN

"Knowledge Exchange @ PPAPP" merupakan satu konsep apabila semua sumbangan bahan - bahan bacaan yang diterima tetapi tidak sesuai dijadikan koleksi perpustakaan di kumpul akan diletakkan di satu tempat. Justeru, bahan - bahan ini yang keadaan fizikalnya masih baik dengan informasi yang kekal relevan diguna pakai oleh semua pengguna perpustakaan tanpa sebarang had. Projek ini telahpun bermula pada pertengahan tahun 2018. Kewujudan "Knowledge Exchange @ PPAPP" ini memberi peluang kepada pengguna untuk meletakkan apa jua koleksi bacaan (buku, majalah, bahan media) untuk dikongsi oleh pengguna yang lain. Selain itu, ianya juga membolehkan para pengguna mengambil koleksi yang mereka suka dan menggantikannya dengan meletakkan apa-apa sahaja koleksi yang bersesuaian dan kekal relevan untuk diambil ataupun dikongsi pula oleh pengguna lain.

Dalam merealisasikan idea "Knowledge Exchange @ PPAPP" ini bangunan pondok pengawal yang berada di luar bangunan dikenalpasti dan diubah suai untuk dijadikan hub "Knowledge Exchange @ PPAPP". Hal ini bertujuan memudahkan para pengguna mengakses hub tersebut memandangkan lokasinya yang strategik (berada dihadapan pintu utama).

Hub "Knowledge Exchange @ PPAPP" telah menerima banyak sumbangan bahan bacaan dan juga mendapat impak positif dalam kalangan pengguna walaupun masih baru penubuhannya. Oleh itu matlamat "Knowledge Exchange @ PPAPP" ini agar maklumat dapat dikongsi dan disebarkan untuk kebaikan semua masyarakat dan seterusnya menikmati pelbagai koleksi tanpa perlu mengeluarkan wang tambahan serta menjimatkan ruang penyimpanan di rumah berjaya direalisasikan.

PERATURAN PENGGUNAAN "KNOWLEDGE EXCHANGE @ PPAPP"

1. Anda perlu menyumbang bahan bacaan yang bersesuaian dan masih kekal relevan untuk pengguna lain.
2. PPAPP tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan bahan sumbangan anda.
3. Semua bahan bacaan yang disumbangkan adalah menjadi milik PPAPP sepenuhnya dan tidak boleh dituntut kembali.
4. Jumlah bahan dan tempoh pinjaman adalah tidak dihadkan.
5. Anda diminta memastikan bahan bacaan yang telah digunakan diletakkan semula di atas rak dengan kemas.
6. Kebersihan ruang bacaan "Knowledge Exchange @ PPAPP" adalah tanggungjawab bersama.


Keterangan lanjut anda boleh menghubungi kami di :- 

"Knowledge Exchange @ PPAPP"
Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang,
JKR 2118, Jalan Perpustakaan,
Seberang Jaya,
13700 Perai,
Pulau Pinang
No Tel : 04-3971058, 04-3902387 Faks : 04-3970226

| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Hakcipta | Paparan | Soalan Lazim | W3C |
Hakcipta Terpelihara © 2011 - 2023 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang | GPS : N 05 23.514' E 100 23.959'

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox 3.0 ke atas, Safari 4.0 ke atas atau Opera 10.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

  • Tarikh Kemaskini : 2023-09-21 02:56:11 .