GALERI P.RAMLEE @ PPAPP

PENGENALAN

Menyebut sahaja nama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sudah terbayang di minda tentang seorang individu yang cukup istimewa dan begitu dekat di hati masyarakat. Dia merupakan satu-satunya insan seni di negara ini yang bergelar Seniman Agung, segala hasil karyanya melalui filem dan muzik tidak pernah ditelan zaman. Apa yang lebih mengagumkan, sepanjang hayatnya bergelar insan seni, anak kelahiran Pulau Pinang ini telah terbit dengan 66 buah filem serta menghasilkan sebanyak 360 buah lagu. Kemuncak kemuncak kepada kerjaya seninya ialah apabila beliau diberi kepercayaan sebagai pengarah filem Penarik Beca selain turut memegang watak utama. Sebagai menghargai kejayaan beliau dalam bidang seni, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang mengambil inisiatif untuk mewujudkan sebuah galeri bagi memperingati dan memberi pengiktirafan kepada Tan Sri P.Ramlee dengan cara yang tersendiri

MENGAPA GALERI P. RAMLEE DITUBUHKAN?

Menyedari bahawa P. Ramlee merupakan seorang lagenda dan seniman agung yang berasal dari Pulau Pinang serta merupakan ikon seni yang berjaya mencorakkan ragam dunia hiburan tanah air yang meliputi nyanyian, lakonan, gubahan lagu dan lain-lain yang sukar dicari ganti selepas pemeriannya. Justeru adalah menjadi tanggungjawab Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang untuk mewujudkan sebuah galeri yang dapat memaparkan pelbagai aspek yang telah disentuh oleh Allahyarham. Galeri ini dapat dijadikan tempat rujukan pemikiran dan sejarah perjuangannya dalam memartabatkan industri tanah air.

GALERI P. RAMLEE @ PPAPP

Galeri P. Ramlee di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang merupakan imbasan sejarah kepada masyarakat untuk kembali ke era kegemilangan Bujang Lapok, Ibu Mertuaku, Do Re Mi, Sarjan Hassan, Penarik Beca serta lagu-lagu yang tidak jemu didengari seperti Dengarlah Rayuanku serta Jangan Tinggal Daku. Galeri P. Ramlee di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang memberi peluang kepada pengunjung untuk menonton dan mendengar alunan lagu serta koleksi lakonannya. Artifak seperti basikal, gitar, bola raga, pintu gerbang, mesin taip, biola dan lain-lain merupakan prop yang digunakan dalam filem-filemnya turut dipamerkan

galeripr2 galeripr3 galeripr4

GALERI P.RAMLEE
Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang
JKR 2118, Jalan Perpustakaan,
Seberang Jaya, 13700 Perai
Pulau Pinang

Tel : 04-3902387

Waktu Pembukaan :
Selasa - Ahad
9.45 pagi – 6.00 petang

Masuk : PERCUMA

 

| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Hakcipta | Paparan | Soalan Lazim | W3C |
Hakcipta Terpelihara © 2011 - 2023 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang | GPS : N 05 23.514' E 100 23.959'

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox 3.0 ke atas, Safari 4.0 ke atas atau Opera 10.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

  • Tarikh Kemaskini : 2023-09-21 02:56:11 .